PruBSN Anggun lindungi wanita

PETALING JAYA – Bersempena ulang tahunnya ke-15, Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN) memperkenalkan PruBSN Anggun, satu pelan perlindungan yang dirangka khusus untuk wanita.

PruBSN Anggun menyediakan perlindungan menyeluruh, menawarkan pelbagai manfaat menarik termasuk perlindungan terhadap penyakit khusus wanita, penjagaan kesihatan mental, kesihatan dan kesejahteraan selain ganjaran tunai untuk meraikan pencapaian pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, wanita memainkan peranan penting dalam pemba­ngunan negara dari aspek ekonomi dan sosial.

“PruBSN sentiasa berinovasi dalam memberikan penyele­saian terbaik dan kami memperkenalkan pelan ini setelah melihat keperluan para wanita pada masa kini.

“Pelan patuh Syariah ini memberikan tumpuan eksklusif terhadap keperluan perlindungan wanita seterusnya membantu mereka memanfaatkan yang terbaik dalam kehidupan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

PruBSN Anggun merupakan pelan pertama dalam pasaran menampilkan rider Mom Care yang menawarkan manfaat rawatan kesuburan untuk melindungi bakal ibu daripada komplikasi ketika kehamilan serta masalah kongenital bagi bayi mereka selepas kelahiran.

Ia didatangkan bersama dengan Manfaat Penjagaan Kesu­buran yang menyediakan sokongan bagi wanita merealisasikan aspirasi mereka untuk bergelar seorang ibu.

Pelan ini boleh dilanggan bermula daripada kadar serendahRM50 sebulan

 

 

Download Video Cara Buat Duit Dengan Insuran PERCUMA
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Call Now ButtonCall Saya
×

Powered by WhatsApp Chat

× Whatsapp Saya