IBU MAKAN HARTA HARAM?

IBU MAKAN HARTA HARAM?

Saya selalu ditanya dengan soalan, “Apakah hukumnya apabila si ibu memakan harta pusaka milik anak2nya?”. Soalan yang tidak seronok didengar tetapi selalu saya dengar apabila saya berceramah di seluruh Malaysia. Saya tidak mahu menjadi pihak yang meletakkan hukum tetapi jawapannya agak mudah dan ‘straight forward’. Apabila seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri serta beberapa orang anak ( sama ada lelaki atau perempuan ), maka bahagian ibu mengikut Hukum Faraid hanyalah 1/8 dari harta pusaka suaminya. Jika pasangan ini meninggalkan anak lelaki dan perempuan, maka baki 7/8 itu adalah milik anak lelaki sama bahagian ( sekiranya meninggalkan anak lelaki sahaja ) atau anak lelaki 2 bahagian dan anak perempuan 1 bahagian ( sekiranya meninggalkan anak lelaki dan perempuan ). Sekiranya simati meninggalkan anak perempuan sahaja, maka 1/2 bahagian adalah miliki anak perempuan sekiranya dia seorang sahaja yang ada manakala 2/3 dibahagi sama banyak antara anak2 perempuan sekiranya anak perempuannya lebih dari seorang.

Macam pening je bunyinya…tapi itulah hakikat Hukum Faraid. Ini bermakna bahagian ibu hanyalah sebanyak 1/8 sahaja jika simati mempunyai anak kandung. Dalam erti kata lain, bahagian ibu hanyalah sebahagian kecil sahaja dari harta pusaka suaminya manakala bakinya adalah bahagian anak2 mengikut peratusan di atas. Jadi dari segi Hukum, anda fikirlah apakah kedudukan si ibu yang membolot semua harta pusaka suaminya tanpa mengagihkannya semula kepada anak2. Sekiranya anak2 tersebut di bawah umur 18 tahun, memang kebiasaannya si ibu akan memegang harta secara amanah bagi pihak anak2nya. Tetapi harta ini perlu diserah semula kepada anak2 tersebut apabila mereka mencecah umur 18 tahun. Namun jika anak2 ini di atas umur 18 tahun, harta2 tersebut perlu diagih terus kepada mereka kerana mereka mempunyai hak ke atasnya.

Memang terdapat kecenderungan di kalangan isteri berfikir bahawa jika suami meninggal dunia, maka harta tersebut akan secara otomatik menjadi miliknya kerana dia isteri simati. Pemikiran ini sebenarnya salah kerana hak anak-anak secara umumnya adalah lebih besar dari bahagian isteri. Jadi ada tak agaknya keadaan berlaku di mana ibu memakan harta haram ? Fikirkanlah…Wallahualam

Download Video Cara Buat Duit Dengan Insuran PERCUMA
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Call Now ButtonCall Saya
×

Powered by WhatsApp Chat

× Whatsapp Saya