Cara bayar insurans Prudential BSN Takaful secara online

Kalau dulu, kita selalu bayar insurance contribution PruBSN kita secara internet banking, melalui website Maybank2u. Sekarang, dah ada cara baru untuk bayar contribution bulanan insurans Prudential BSN Takaful direct on the spot kepada company Prudential.  

Pak Syed akan explain macam mana cara bayar insurans Prudential BSN Takaful secara online ni.  Sebelum tu Pak Syed nak bagitahu apa yang bagusnya kalau korang bayar sumbangan bulanan insurans korang melalui webportal Prudential Takaful ni. 

First, korang boleh check balik korang punya jadual pembayaran dan jumlah sumbangan bulanan korang melalui portal ni. Kedua, payment korang cepat masuk ke dalam sistem, berbanding kalau korang bayar dalam web maybank2u, dia akan ambil masa 3 hari berkerja untuk masuk sistem.

Cara bayar Insurans Prudential BSN Takaful secara online di E-Payment Validate

Langkah 1 : Pengesahan

Masukkan nombor polisi atau nombor sijil Takaful korang dalam kotak pertama yang bertulis Proposal
number / Certificate number tu.

Kemudian isikan nombor kad pengenalan korang.  Tapi kalau macam nak bayarkan insurans untuk anak.  So bahagian ni aku isikan nombor kad pengenalan ibu atau bapa seperti yang telah didaftarkan.

Payment frequency ni letakkan pada monthly, kalau ada duit banyak boleh pilih setahun terus

Kotak yang last tu, sebenarnya untuk tujuan keselamatan. Ala, prosedur biasa untuk mana-mana laman web yang melibatkan transaksi jual-beli kan. So korang isikan lah nombor dan huruf seperti yang tertera

Langkah 2 : Maklumat diri

Kotak yang kaler kelabu tu dah di generate secara auto oleh sistem, korang tak perlu edit dah. Tapi,
hubungan pemegang kad kepada orang yang dilindungi tu korang letak la Self, kalau korang bayar untuk
diri sendiri punya polisi.

Kalau bayar untuk anak, pilih hubungan Parents.  Pastu pilih berapa jumlah korang nak bayar kali ni. then klik Proceed to make payment.

Langkah 3 : Pembayaran

Ok. Step ke-3 ni, korang pilih payment method korang sendiri. Boleh je nak bayar pakai kad kredit. Ikut
pada pilihan masing-masing.

Pilih nak bank apa, saya pilih Maybank

Bila dah pilih cara pembayaran, korang terus klik butang Proceed.
Bila paparan interface bank korang tu dah keluar, macam biasa korang lengkapkan lah username dan
password untuk membolehkan korang akses ke akaun bank korang.

Selepas dah berjaya login, korang akan nampak paparan details pembayaran korang macam kat bawah ni.
Klik je Continue.

Bila dah sampai SMS nombor TAC tu, jangan tunggu-tunggu lagi. Terus masukkan TAC number dan klik
Confirm!

Langkah 4 : Resit dan bukti pembayaran

Yay! dah successful. Untuk simpanan dan rekod, aku download resit dulu sebelum klik Continue with
Transaction.

Bila keluar paparan macam kat bawah ni, korang klik je Return to FPX

Korang tunggu sampai korang redirected back ke website Prudential BSN Takaful dulu okay! Jangan tergesagesa
main close window camtu je tau.


Takut sistem tak terima lagi payment korang, korang dah out. Susah pulak nanti korang nak kena call agent
korang untuk retrieve balik korang punya payment.