Bagaimana Covid19 Berjangkit?

Bagaimana covid19 berjangkit

COVID-19: Bagaimana virus berjangkit, kepentingan jarak sosial

KUALA LUMPUR: Virus COVID-19 disebarkan melalui titisan cecair atau ‘droplet’ yang terhasil daripada percikan air liur ketika bercakap atau batuk dan bukannya secara bawaan udara atau ‘airborne’.

Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jinjang Kepong, Dr Siti Khamsiah Abd Shukor, berkata ‘air droplet’ bersifat agak berat dan tidak akan berterbangan bagi jarak lebih satu meter.

 

Sehubungan itu, katanya, orang ramai perlu memastikan mematuhi penjarakan sosial supaya terhindar daripada risiko dijangkiti virus itu.

“Kalau anda terlalu dekat dengan pesakit COVID-19, khususnya ketika mereka bercakap atau batuk dan ‘droplet’ itu terkena pada mata atau mulut, itu yang boleh merisikokan untuk dijangkiti.

“’Airborne’ lebih kepada petugas kesihatan kerana mereka perlu melakukan proses intubasi dengan prosedur untuk menyelamatkan pernafasan pesakit. Itu mungkin menghasilkan keadaan ‘airborne’,” katanya.

Ditanya sama ada disinfektan berasaskan garam boleh membunuh virus COVID-19, beliau menegaskan, tiada kajian klinikal yang membuktikan perkara berkenaan.

“Hanya penggunaan disinfektan berasaskan alkohol dengan kepekatan 70 peratus yang terbukti secara klinikal dapat membunuh virus, selain sabun.

“Bagaimanapun, bahan mengandungi ‘sodium hypoclorite’ (agen peluntur) boleh digunakan untuk kerja menyahjangkit kawasan rumah atau pejabat,” katanya menerusi siaran langsung khas ‘Kenali COVID-19’ di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini..

Sementara itu, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Rawang, Dr Koh Wen Ming menjelaskan, demam dengan batuk kering atau sakit tekak adalah gejala awal jangkitan COVID-19, namun pesakit juga mungkin sesak nafas jika jangkitan berada pada tahap lebih berbahaya.

“Golongan perokok juga bukan penyebar virus ini, sebaliknya mereka atau individu yang mempunyai masalah pernafasan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan lain, jika disahkan positif COVID-19.

“Mereka mungkin memerlukan bantuan pernafasan atau dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Justeru, saya sarankan supaya perokok ambil peluang ini untuk berhenti daripada tabiat berkenaan,” katanya.

sumber dari : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/668716/covid-19-bagaimana-virus-berjangkit-kepentingan-jarak-sosial

Download Video Cara Buat Duit Dengan Insuran PERCUMA
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Call Now ButtonCall Saya
×

Powered by WhatsApp Chat

× Whatsapp Saya