fbpx

travel insurance

8 Risiko Besar Yang Traveller Pandang Remeh Sewaktu Mengembara sekiranya tak ambik travel insurance

MAKE SURE ADA LOGO AMG BARU PROCEED PAYMENT

Powered By EmbedPress

Travel insurance Terbaik. Ada yang pandang sebelah mata saja tentang ini termasuk di kalangan mereka yang mengaku sebagai backpackers.

Malahan tak keterlaluan jika dikatakan persiapan dan itinerari sebolehnya dicari sehabis lengkap sebelum tarikh travel bermula.

Segala do’s and dont’s berada dalam kepala. Jika boleh kat mana lokasi tandas dan berapa bayaran masuk sebab nak kencing pun dah tahu sebelum tiba ke lokasi yang di tuju.

Tapi tidak bagi travel insurance terbaik. Berbagai alasan akan diberikan agar travel insurance terbaik yang kelihatan tidak penting ini tak perlu dibeli. Mahal, bajet tak cukup, insya Allah kita sama-sama selamat pergi dan balik, tak sempat beli, tak tahu mana nak beli dan… entahlah, banyak sangat alasan korang.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa risiko besar yang bukan saja boleh buat duit dalam bank korang rabak, tapi keluarga kat kampung turut terpaksa berhempas pulas dapatkan duit demi menyelamatkan korang jika perkara ni terjadi kat diri korang semasa travel.

1. Jatuh sakit di negara orang

Bukan sakit demam biasa tau. Tapi serius punya sakit sampai kena masuk hospital. Anything can happen bro.

Contoh paling mudah yang pernah jadi kat kawan saya; tiba-tiba sakit perut memulas-mulas masa travel sampai kena pergi hospital. Bila diperiksa, rupa-rupanya appendix dia dah kritikal dan kena lakukan pembedahan segera.

Jika tak ada insurance korang tahu lah apa jadi kan? Apatah lagi jika korang travel ke negara yang mana matawangnya lebih tinggi daripada Malaysia. Paling mudah bagi contoh hospital di Australia, US atau Japan. Kat sana no insurance no talk bro.

2. Emergency and medical evacuation services (kos servis kecemasan, kos menyelamat dan perubatan)

Kos yang terlibat adalah bagi kes-kes kecemasan. Contoh paling mudah katakanlah korang travel ke kawasan pedalaman di Nepal. Naik bas dan lalu di cerun-cerun dan lereng gunung.

View tak payah ceritalah. Marvellous. Tapi tanpa diduga bas terbabas masuk gaung. Ada yang cedera dan ada yang innallillah.

Inilah waktunya insurans jadi penting. Andai kata korang terselamat tapi cedera. Nak selamatkan korang memang ambil masa sebab pasukan penyelamat perlu turun ke bawah.

Dah berjaya diselamatkan, korang perlu di hantar ke hospital dengan segera. Jika ada insurance cover, inilah masanya segala kos yang terlibat akan dibayar oleh pihak insurans.

Begitu juga kos dan caj rawatan di hospital. Biasanya kos rawatan di luar negara memang berganda sebab korang bukan rakyat negara tu. Jika di Malaysia boleh lah masuk hospital kerajaan. Tu pun ada yang bising kena bayar seringgit caj register. Eh?

Bukan itu saja. Adakala special arrangement perlu dibuat kerana faktor kesihatan dan medical equipment yang perlu disediakan sewaktu membawa korang balik ke Malaysia. Orang sakit ni adakala macam-macam peralatan perlu disediakan untuk dia sorang je.

3. Repatriation of mortal remains (kos membawa pulang jenazah)

Jika nak pilih cover untuk repatriation of body remain, selalunya saya pilih yang bagi unlimited cover. Unlimited cover bermakna apa saja kos yang terlibat untuk bawa pulang jenazah ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans.

Kos nak bawa balik jenazah memang mahal. Apatah lagi jika kemalangan berlaku di tempat yang jauh di pedalaman dan perlu libatkan beberapa jenis pengangkutan yang berbeza.

Nak bawa balik ke Malaysia pula mana boleh naik flight kelas ekonomi lagi. Kena masuk kontena dengan penyejuk beku. Lain cajnya tu. Huhu.

Itu belum lagi dikira kos dan caj membersih dan menguruskan jenazah sebelum dihantar balik ke Malaysia.

Baru saja beberapa hari lepas berlaku kes 2 traveller Malaysia lemas di Indonesia. Kos bagi membawa jenazah mereka dari Indonesia ke Malaysia saja sudah melebihi RM25,000 untuk setiap seorang. Itu baru dari negara seberang bro. Bayangkan jika dari UK, Rusia, Australia. Negara yang nilai currency besar dari RM. Mesti lagi mahal kos yang perlu dikeluarkan.

 

4. Extreme sports and hazardous activities (sukan ekstrim dan aktiviti berbahaya)

Yang ini dalam standard cover tak ada disediakan. Korang kena beli tambahan dan bayar extra. Ia dipanggil additional cover atau extension of cover dalam bahasa insurans.

Contoh hazardous sports and activities adalah bungee jump, skydiving, cliff jumping, winter sports (contohnya main ski), mountaineering. Geng panjat gunung dan hiking sila take note weh!

Bila berlaku kemalangan sewaktu lakukan aktiviti berbahaya begini, meskipun korang ada beli travel insurance tapi tak ambil additonal cover for hazardous activities, ia bagai tak ada gunanya.

Jadi jika korang dah rancang dari awal nak buat bungee jump, skydive, scuba diving dan apa-apa aktiviti yang tergolong sebagai hazardous, silalah tambah additional cover for extreme sports and hazardous activities dalam travel insurance korang.

5. Bencana alam

Bencana alam bukanlah sesuatu yang boleh dijangka. Banjir, gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan letusan gunung berapi boleh buat kita terperangkap berminggu-minggu di rantau orang.

Silap gaya flight balik korang pun boleh terlepas gara-gara kejadian tak diduga begini. Di situasi beginilah insurans sangat penting kerana kos yang terlibat boleh menjadi berkali ganda dan kita boleh claim semula dengan syarikat insurans.

Ingat kes tersadai di Lombok tahun lepas gara-gara Rinjani meletus? Jika korang ada travel insurance, at least boleh claim balik kos-kos yang perlu dibayar semasa korang terperangkap di sana.

Antaranya kos penginapan, makan minum, extra transportation cost dan juga tiket balik ke Malaysia jika korang perlu beli tiket flight lain dengan cara pergi ke Bali. Yang ini kenalah korang rujuk dengan syarikat insurans untuk info yang lebih terperinci.

6. Pampasan Kematian Akibat Kemalangan

Nahas kapal terbang MAS yang berlaku pada Julai 2014 merupakan antara memori pahit bagi rakyat Malaysia selain MH370. Kapal terbang yang jtuh selepas ditmbak peluru perpandu di 40 kilometer dari sempadan Russia telah mengrbankan kesemua 298 penumpang didalamnya, termasuklah sebuah keluarga rakyat Malaysia.

Berikutan dengan nahas yang berlaku, sejumlah wang pampasan telah dibayar kepada waris terdekat.  Bayangkan kalau kita nak pergi outstation seminggu mesti tinggalkan sedikit duit belanja dekat orang dirumah. Kalau pergi outstation selama-lamanya?? Bayangkan kalau takde tinggalkan apa-apa, orang yang tersayang terpaksa meminta-minta kepada yang lain.

7. passport, beg, barang dan duit kena curi, flight delay

Semua insurance akan cover. Tujuan artikel ini ditulis bukanlah untuk menakutkan korang. Tapi lebih kepada memberi kesedaran dan awareness. Sebaiknya masukkan sekali travel insurance terbaik ke dalam bajet travel korang.

Juga, sila beri perhatian kepada jumlah atau nilai perlindungan yang disediakan untuk setiap risiko. Jangan kerana nak bayar premium paling murah, korang sanggup ambil cover ciput.

Malahan tak keterlaluan jika saya katakan, perbandingan antara premium yang perlu dibayar dan perlindungan yang disediakan, sangat jauh berbeza jumlahnya. Usah kerana nak berjimat beberapa ratus ringgit korang sanggup tanggung risiko yang bernilai puluhan ribu ringgit.

Nak mati kat mana-mana boleh mati bila ajal dah tiba. Tapi janganlah hingga kematian kita membebankan orang-orang tersayang yang masih hidup. Apatah lagi jika mereka perlu bergolok bergadai demi membawa balik sekujur tubuh kita yang telah kaku.

8. PERLINDUNGAN COVID19 DI LUAR NEGARA

Nikmati ketenangan fikiran daripada kejadian yang tidak diingini semasa anda bercuti dengan manfaat tambahan COVID-19.

Sila klik link dibawah untuk free quotation atau whatsapp info dibawah :

Name :
No ic :
Marital Status:
Address:
No hp :
Email :
Date trip : to
Location trip :
Covid cover : yes / no
Extreme activities : yes / no

MAKE SURE ADA LOGO AMG BARU PROCEED PAYMENT