- Bandingkan Harga
- Insuran Termurah
- Coverage Tinggi
Tapi Suami Tak Tinggal Banyak Harta Untuk Kami
HIBAH ADALAH HADIAH
Jangan risau.. kami ada jalan penyelesaiannya. Kita boleh tukar RM100 jadi RM100,000
Caranya kena buat hibah takaful
Apa itu hibah takaful?
Hibah adalah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini, sama ada waris atau bukan waris.
Kepentingan hibah dalam masyarakat adalah sama pentingnya dengan keperluan kita untuk memakan nasi setiap hari. Sekiranya kita tidak mempunyai hibah, banyak keadaan yang tidak diingini boleh berlaku sehingga mencetuskan perebutan harta di kalangan waris yang ditinggalkan.
Diantara hibah yang popular di Malaysia adalah hibah takaful. nak tahu tak sebab apa? sebab RM100 boleh bertukar jadi RM100,000!!!!
Jika berlaku kematian, semua harta akaun si mati termasuk simpanan, asb, epf akan dibekukan sementara bagi memalui proses wasiat atau faraid.Hibah Takaful (pampasan takaful) antara instrumen yang terbaik untuk penama mendapat wang dengan segera untuk meneruskan hidup sementara akaun yang dibekukan dapat dicairkan semula.
Apa waris boleh buat dengan duit peninggalan suami?
Famili tetap ada gaji walaupun kita dah kat alam lain
Kenapa perlu teruskan bagi gaji atau pendapatan berterusan kepada famili anda?
Kerana anda merupakan breadwinner atau pencari nafkah bagi tanggungan anda. Sekiranya anda ditakdirkan untuk pergi dahulu, waris-waris anda masih perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Inginkah anda membiarkan anak isteri anda hidup dengan penuh kemiskinan dan dibelenggu hutang-hutang anda?
Berapa jumlah yang perlu anda tinggalkan?
Jumlah pendapatan 10 tahun! Kenapa perlu 10 tahun? Cuba lihat contoh di bawah:
Jom kita cuba kira…
Gaji sebulan = RM3,300
Maka setahun = RM3,300 x 12 =RM39,600.
Maka 10 tahun = RM39,600 x 10 = RM396,600.
Sekiranya ketua keluarga ambik hibah takaful sebanyak RM396,600 atau genapkan jadi RM400,000.. maka waris boleh simpan pampasan hibah tadi kedalam tabung haji.
Oleh itu, dengan adanya dividen tahunan yang konsisten setiap tahun, keluarga anda boleh meneruskan kehidupan seperti biasa. Isteri yang dulunya seorang suri rumah tidak perlu keluar berkerja sebaliknya boleh memberi perhatian yang sepenuhnya untuk menguruskan anak-anak.