fbpx

URUS JENAZAH TANPA TUNAI

Setiap pengembaraan pasti ada pengakhirannya

Seperti didalam TV.. Lazimnya apabila berlaku kematian urusan pengkebumian jenazah rumit dilakukan khususnya di kawasan bandar. Untuk itu Darul Jenazah menawarkan perkhidmatan menguruskan jenazah secara pakej bagi memudahkan keluarga si mati dalam urusan pengkebumian.
Kalau kita tanya semua orang satu soalan “Sayang tak pada keluarga?” Mesti ramai yang akan jawab mestilah sayang. Terutama sekali orang yang kita paling sayang adalah mak dan ayah kita.  Kalau kita tanya lagi ada tak doakan ahli keluarga mereka? Sudah tentu jawapannya mesti ada.
Kemudian kita tanya lagi, andainya semalam ahli keluarga kita meninggal dunia… tahu tak macam mana nak uruskan jenazah mereka????.. Soalan ni ramai yang kelu lidah dan susah nak bagi jawapan.
Bukannya kita tak pernah pergi menghadiri kursus pengurusan jenazah, sudah tentu saya percaya tuan-tuan dan puan sudah tentu dah banyak kali pergi. Tapi apabila berlaku ujian ni kepada ahli keluarga kita, emosi sedih akan mengusai kita dan susah untuk kita menggunakan akal fikiran untuk fikir dan bertindak tentang pengurusan jenazah seterusnya. Sebabnya apabila orang yang tersayang telah pergi, sebagai manusia sudah tentu emosi kita dan ahli keluarga akan terganggu
Kebanyakan masa apabila orang yang tersayang telah pergi… kemana semua ahli keluarga dan sahabat handai akan berkumpul?. Kebiasaannya ahli waris tiada dihadapan jenazah.. Kemana mereka semua pergi??? Anak yang sulung sibuk cari tok imam surau/masjid.  Anak yang kedua pulak, sibuk pergi balai polis.. buat report tentang kematian. Anak yang ketiga pulak sibuk pergi ke kedai membeli set pengurusan jenazah seperti kain kapan, air mawar dan sebagainya. Anak yang ke empat pulak sibuk cari penggali tanah kubur dan cari back hoe.. nak sediakan liang lahad. Anak yang kelima pulak sibuk pergi ke pasar membeli makanan dan minuman untuk dihidangkan pada tetamu yang hadir.

Kita bukan nak promosikan kematian. Tapi kita nak memberikan ketenangan minda kepada waris apabila ahli keluarga yang tersayang pergi meninggalkan mereka.

Pakej yang serendah RM80 setahun yang kita tawarkan ini adalah pakej lengkap pengurusan jenazah dari A hingga Z. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan pengurusan jenazah lengkap?:

1. BANTUAN NASIHAT

Khidmat nasihat berkenaan pengurusan jenazah yang mengikut hukum syarak akan diberikan kepada waris melalui talian bebas tol beroperasi 24 jam. TOL FREE : 1800-886-887

2. BANTUAN DOKUMENTASI

Wakil Darul Jenazah akan membantu waris jika perlu dalam menguruskan permohonan dokumentasi kematian atau lain-lain dokumen yang diperlukan. Nak uruskan sendiri ke balai polis pun boleh. Cuma wassap permit kubur kepada pengurus jenazah kami.

3. MEMANDIKAN JENAZAH

Wakil Darul Jenazah akan membantu waris jika perlu dalam urusan memandikan jenazah

4. MENGKAFANKAN JENAZAH

Wakil Darul Jenazah akan membantu waris jika perlu dalam urusan mengkafankan jenazah dan menyediakan keperluannya.

5. SOLAT JENAZAH

Wakil Darul Jenazah akan membantu waris jika perlu mengimamkan solat jenazah tetapi keutamaan akan diberikan kepada waris dan imam tempatan dahulu jika ada.

6. KHIDMAT VAN JENAZAH

Khidmat van jenazah akan membantu waris jika perlu dalam menyediakan perkhidmatan van jenazah untuk semua urusan penghantaran jenazah di Malaysia.

7. PENGEBUMIAN JENAZAH

Wakil Darul Jenazah akan membantu waris jika perlu dan memastikan urusan pengebumian selesai dilaksanakan di kawasan perkuburan yang dimohon oleh waris

8. BACAAN TALKIN

Wakil pengurusan jenazah akan membantu waris jika perlu membacakan doa talkin tetapi keutamaan akan diberikan dahulu kepada waris atau imam tempatan dahulu jika ada

MANFAAT TAMBAHAN:

1. WANG KHAIRAT
2. KHATAM AL QURAN DAN ZIKIR TAHLIL
3. PUSARA (Kepok 4 segi)
4. BATU NISAN
5. BADAL HAJI
6. DANA KEMALANGAN DIRI
7. KOS PERUBATAN KEMALANGAN
8. KOS AMBULAN KEMALANGAN

Keratan Akhbar

Kerjasama dengan Badan Korporat & Persatuan

DAFTAR SEKARANG