Apabila memperkatakan tentang medical card terbaik, perkara-perkara berikut selalunya bermain di fikiran;
“Saya sudah ada medical card terbaik dengan coverage RM 1 juta. Ia sudah mencukupi.”
“Kompeni saya sudah ada medical card terbaik dari syarikat swasta. Jadi saya rasa tidak perlu lagi mengambil yang lain”
“Saya kakitangan kerajaan, dapat rawatan kelas satu… jadi tidak perlu lagi medical card terbaik”
Sebenarnya tidak ada istilah “medical card terbaik”, kerana semua ejen di semua syarikat insuran dan takaful akan mengaku mereka terbaik, no 1 dan sebagainya.
Tapi macam mana nak tahu yang mana satu medical card terbaik?
Jawapannya … jangan tanya ejen. Tapi tanya Bank Negara Malaysia. Mereka ada laporan syarikat insuran dan takaful mana yang paling ramai orang join dan berapa banyak syarikat insuran takaful tu dah bayar claim kepada pelanggan.
Sebelum itu, izinkan saya perkenalkan diri saya dulu. Nama penuh saya Syed Mohd Muhaimin bin Syed Alias, saya adalah seorang perunding Insuran & Takaful sepenuh masa Prudential Assurance Malaysia Berhad. Saya mempunyai pejabat sendiri yang terletak di Damansara Intan Petaling Jaya, Selangor.
Kenapa saya memilih kerjaya sebagai perunding Takaful?
Saya percaya menjadi perunding Takaful adalah suatu KERJAYA YANG HEBAT kerana secara tersiratnya saya dapat membantu masyarakat kita untuk mempunyai SIMPANAN & PERLINDUNGAN INSURANS TAKAFUL yang membantu di masa hadapan.
Saya telah membantu ramai pelanggan saya untuk memiliki Plan Perubatan Takaful, Plan HIBAH Takaful, juga Plan Pendidikan untuk kanak-kanak
Saya jugak telah banyak membantu menguruskan claim hospital, sakit kritikal, kemalangan dan claim kematian beberapa client saya. Mari kita sedekahkan Alfatihah untuk mereka.