Pelan Pencen Swasta PruBSN Aspirasi

[ PELAN TAKAFUL & PELABURAN ]

Banyak jugak cerita pasal benda nie semenjak dua menjak nie.

Ada yang kata, Takaful bukan Product Pelaburan. Ia product perlindungan kewangan. Betul…saya setuju sangat.

Ada yang jawab pulak. Takaful kan ada elemen pelaburan contoh “Takaful berkaitan dengan pelaburan atau Investment Link Takaful”. So, kan ada perkataan pelaburan kat situ. Betul, …saya setuju.

Ada yang counter balik. “Takaful walau pun berkaitan pelaburan, tapi ia bukan PURE investment instrument (instrumen pelaburan). Betul….saya setuju.

Then persoalan yang mungkin saya nak anda fikirkan..

  • Kalau Takaful bukan product pelaburan.
  • Kalau Takaful bukan pure product pelaburan walaupun ada elemen pelaburan.
  • ADAKAH PRODUCT TAKAFUL TAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN PELABURAN?….

Kalau ada yang kata tak boleh. Saya tak bersetuju dengan anda.

Saya setuju, takaful bukan product pelaburan atau bukan 100% instrumen pelaburan sebab TAKAFUL untuk perlindungan.

Tapi, pada saya, sekarang nie terdapat penambahbaikkan product takaful yang BOLEH digunakan sebagai alternative untuk pelaburan.

Saya ingin kita semua berbalik kepada PERKARA ASAS.

Setiap orang ada target jumlah pulangan pelaburan masing dan untuk apa duit itu untuk digunakan dan bila untuk digunakan.

So, secara asasnya adalah SESEORANG INGIN MENDAPATKAN PULANGAN PELABURAN DENGAN JUMLAH TERTENTU PADA MASA TERTENTU. Apa jenis instrument yang ingin digunakan adalah perkara lain.

Saya ingin buat satu contoh.

Katakanlah seseorang itu ingin menyediakan satu jumlah duit untuk persaraan. Dia pun invest la kat instrument yang dikatakan 100% pelaburan. Sebagai contoh, Property, Unit Amanah, Stocks, Forex dan sebagainya. Selepas sampai tempoh yang disasarkan, sekali investment beliau tidak menjadi disebabkan faktor2 tertentu.

Contoh 1,

Plan nak invest dalam hartanah dengan tujuan dapatkan capital gain, dan juga cash flow untuk persaraan. Sekali, apa yang diperolehi tidak seperti dirancang. Sebagai contoh, rumah terbengkalai, atau rumah siap tak boleh nak dijual ikut harga pasaran atau lebih tinggi dari harga pasaran. Yang ada nak beli pun di bawah harga pasaran.

Atau ada unit hartanah yang dah dibeli tidak dapat disewakan, atau disewakan dibawah jumlah bayaran pinjaman menyebabkan negative cashflow, dan kemudian tidak dapat bayar pinjaman dan akhirnya kena lelong. Adakah ia tetap keputusan pelaburan yang bagus walau pun dah terang2 berisiko rugi?

Contoh 2,

Plan nak invest kat stock, memang ada untung dan rugi, tapi selepas beberapa lama, tak nak upgrade ilmu, invest main ikut-ikut dan akhirnya tengok hasil pelaburan back to square one. Ada la untung sikit. Tapi berbanding dengan masa yang diluangkan dan caj brokrage semua, takde untung sangat. Adakah ia masih tetap keputusan pelaburan yang bagus?

Contoh 3,

Plan nak invest kat unit trust, lepas tu tak monitor atau baru untung sikit dalam 7-8% dah nak withdraw. Sedangkan caj 5% setiap kali invest dia tak perasan. Maybe sebab tak tahu atau tak amik tahu. Tak capai pun target pulangan pelaburan. Itu belum lagi yang jenis panik. Masa harga unit rendah atau turun, sibuk nak jual. Masa unit dah naik atau tinggi, masa tu la nak invest. Sedangkan patutnya masa turun la tambah pelaburan, sebab masa tu harga unit rendah.

Contoh 4

Mencarum dalam takaful, tapi portion untuk investment dilebihkan dengan ratio 1:5 (sebab maximum allocation untuk investment dalam plan takaful adalah 1:5). 1 bahagian untuk protection, maximum allocation untuk pelaburan adalah 5 kali ganda dari caruman untuk protection.

Sebagai contoh. Nak buat caruman sebulan RM 1,200. So, allocation 200 untuk protection, RM 1,000 masuk dalam dana untuk beli unit saham.

Oleh kerana dana saham takaful nie mampu beri pulangan yang setanding atau lebih baik dari dana-dana saham amanah kat luar, dan orang yang mencarum dalam plan takaful bersama investment nie dapat pulangan pelaburan seperti yang diharapkan dan apabila sampai tempoh yang beliau ingin dapatkan balik semua pulangan pelaburan dan jumlah tersebut menepati jumlah sasaran awal. Adakah ia bukan satu pelaburan yang baik? Walau pun masuk dalam plan takaful yang ada portion perlindungan?

Itu belum lagi kalau ditakdirkan pencarum tiba-tiba disahkan mengidap sakit kritikal dan tak mampu nak membuat pelaburan berkala / caruman bulanan. Tapi disebabkan oleh ada portion perlindungan tadi, semua caruman akan datang akan disambung oleh pengendali takaful sebagai salah satu daripada manfaat perlindungan. Dan kalau ditakdirkan pencarum survive sampai tamat tempoh matang, beliau dapat capai matlamat ROI (return of investment) seperti yang dirancang, adakah beliau tersalah membuat pilihan untuk melabur dalam plan takaful?

Dan, kalau beliau gunakan 100% instrument pelaburan, yang takde features perlindungan caruman akan datang, dan beliau ditakdirkan mengidap sakit kritikal, dan tak mampu nak sambung pelaburan, adakah ia tetap keputusan pelaburan terbaik walau pun beliau tak dapat capai matlamat pelaburan?.

Alaa….yang macam tu ambil la plan takaful berasingan. Takpayah campurkan dengan investment. So, investment boleh buat kat tempat yang 100% investment vehicle. So, boleh la maximizekan return.

Betul…saya setuju. Tapi, tak semua orang fikir macam tu. Ada yang jenis nak sekali. So, adakah yang jenis nak sekalikan dalam plan takaful menjadikan beliau salah buat investment decision?

KESIMPULANNYA

Semua financial instrument (investment dan protection) ada purpose masing-masing dan sesuai bergantung kepada keadaan masing-masing.

Jadi, pandangan saya very simple. Pokok pangkal sebagai pelabur, anda kena kenal diri anda. Anda kena tahu risk tolerance anda, anda kena tahu ilmu dan tahap kelapangan masa anda.

Sebagai agent pulak, jangan mislead atau misselling, kalau client nak nak investment lebih, kena ikut client punya allocation, bukan sebab nak kejar sales dan commission, agent buat benda lain dari apa yang client nak. Kalau plan tu plan takaful jangan nak menidakkan yang ia adalah plan perlindungan dan bukan 100% plan pelaburan.

Akhir sekali.

Sebenarnya, personally, apabila company takaful ada develop products yang disertakan dengan pelaburan, ia memberi alternative kepada orang ramai. Kalau dulu ya, takaful hanya untuk perlindungan dan bukannya pelaburan. Tapi sekarang, banyak products yang memang bukan pure investment, tapi boleh digunakan untuk tujuan pelaburan disamping dapat penjimatan cukai dan juga perlindungan.

Setiap orang berbeza financial need dan resources. So, one solutions doesn’t fit all. Ada banyak kaedah, platform, instrument kewangan yang boleh digunakan untuk memenuhi keperluan kewangan masing-masing.

Nota : Gambar adalah screen shot untuk pulangan pelaburan dalam tempoh setahun, Takafulink Dana Ekuiti Dinasti. Untuk yang berminat nak tahu pasal peluang untuk melabur dan mendapat perlindungan kewangan, boleh consider plan takaful yang jenis macam nie. Di PruBSN, plan yang ada option untuk invest di dana ini adalah PRUBSN ASPIRASI.

Nak tahu lebih lanjut tentang PruBSN Aspirasi? Mari-mari picit link di bawah 👇🏻👇🏻👇🏻

http://www.wasap.my/60133808048/Aspirasi

~credit AAR