Bahaya Perut Buncit

Lelaki buncit: Bahagia atau bahaya?

Ada yang kata kalau perut buncit sesudah berumahtangga maknanya anda berada dalan fasa bahagia. Namun tahukah anda bahawa memiliki perut buncit punya bahaya yang mungkin meragut kebahagian pasangan anda?

Lemak perut

Lemak yang menyebabkan buncit pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Lemak pertama adalah lemak yang disimpan tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus. Lemak kedua pula adalah lemak yang disimpan di rongga perut dan mengelilingi organ di dalam perut yang dikenali sebagai lemak viseral.

Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati) dan lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat).

Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, semakin buncitlah seseorang itu.

Jumlah lemak viseral berkait secara langsung dengan tahap kebuncitan perut dan antara kedua-dua jenis lemak berkenaan, lemak viseral nyata lebih berbahaya kerana lemak viseral mempunyai kaitan dengan metabolisme seperti pertahanan insulin dan diabetes.

Penyakit yang mudah dihidapi individu berperut buncit:

  • Penyakit kardiovaskular
  • Rintangan insulin dan diabetes jenis 2
  • Kanser kolorektal
  • Apnea tidur
  • Kematian awal
  • Tekanan darah tinggi

Berat badan berlebihan terutamanya pembentukan lemak di perut, boleh mempengaruhi fungsi seksual lelaki dengan pelbagai cara. Obesiti akan mengganggu kemampuan tubuh untuk menyalurkan darah ke bahagian zakar dan menyebabkan pengeluaran testosteron menurun.

Tekan Butang Whatsapp Untuk Bantuan Segera